Pages

Saturday, August 13, 2011

SELAMAT HARI LAHIR MAK :)

assalamualaikum..entri ni khas untuk Mak tau.
mak,akak tahu hari lahir mak dah lepas,11 hari bulan 8.tapi akak dah wish kan?hihi.mak,kenapa akak jadi homesick sangat tahun ni?(belum apa apa air mata guwa dah bergenang)mak,mak ingat tak macam mana mak lahirkan akak dulu?ingat tak mak?mak tak pernah cerita pun kat akak.
tapi mak,akak tahu.walaupun akak tak pernah tanya,tapi akak kan anak mak yang rajin.hihi.
akak surf internet.baca blog blog orang yang pernah mengandung dan melahirkan.
mak,sakit rupanya.tapi akak tak pernah dengar mak mengeluh.hebatnya mak akak ni :)
akak bangga mak jadi mak akak.walaupun hidup kita tak mewah,tapi kita happy kan mak?hihi.
mak,akak nak puji mak je hari ni.boleh kan?hihi.

mak, o mak..dalam hidup akak kan,rasanya baru sekali akak nampak mak demam teruk tak boleh bangun.apa rahsia mak?haha.akak selalu berdoa jangan lah mak dengan ayah sakit atau tak sihat.tak tentu arah akak kat sini bila dengar mak atau ayah tak sihat.

mak,mak seorang menantu yang baik kan?akak ingat lagi,masa arwah wan masih ada.mak masak asam pedas.arwah wan tak suka berminyak sangat. tapi ayah suka.mak akak kan bijak.mak asingkan minyak dari mangkuk arwah wan.masa kita makan ramai ramai,akak tengok wan makan dengan riang gumbira.al maklumlah,menantu kesayangan yang masak :)

mak,akak bersyukur sangat dapat mak dengan ayah macam mak dengan ayah akak ni.hihihi.walaupun kita tak pergi bercuti sampai london ke,aussie ke.tapi still,kita pergi bercuti.:) kita pergi pantai lah selalu nye kan?mandi mandi,tidur chalet.mak,best sangat :D kita pergi lagi boleh? ^^


mak,akak takut sangat bila mak kena operate sebab batu karang.mak tunggu lama kan untuk masuk OT tu je.mak kena puasa beberapa hari,at the end,tak masuk juga Ot.dari Hospital Sultanah Aminah,mak dipindahkan masuk Hospital Sultan Ismail.kesian mak.mak sabar je :) mak,HSA tu seram kan?creepy sentiasa.sentiasa penuh dengan patient.sampai lorong tegah pun ada katil pesakit.tapi mak,yang tak boleh tahan,atendan hospital tu tolak stretcher yang atasnya ada jenazah!mak,akak takut sangat malam tu.tak boleh tidur.mak,mak tahu kan akak tak suka bau uba.makan ubat apatah lagi.nasib baik mak kena pindah HSI.kat situ better ++.sepanjang mak dekat hospital,ayah lah jadi tukang masak yang setia :) terima kasih ayah.ayah masak sedap.nanti akak balik,ayah masak lagi boleh?eh?hihi.
mak,lepas mak keluar OT,Allah je tahu perasaan akak.happy overboard.hihi.alhamdulillah :)
walaupun badan mak bengkak bengkak,tapi tu normal kan mak,masuk air.alhamdulillah,mak dah sihat :)

mak,akak dah masuk universiti.sedih nya nak berpisah dengan keluarga.akak kan tak pernah masuk asrama. :D
sedih tau mak..mak tak nangis depan akak sebab mak nagis dalam kereta kan?hihi.mak,tahun pertama akak tak homesick sangat,dah tahun ke dua ni.Masya Allah,asik menangis je nak balik.akak pun tak tahu kenapa .

mak,akak balik nanti kita buat kuih raya sama sama ye?akak teringin nak makan sushi.mak jangan risau,akak yang buat nanti.kalau tak sedap,kita pergi makan sushi kat jusco eh?hoho.

mak,terima kasih :)tak dapat akak dengan adik adik balas jasa mak selama membesarkan kami.terima kasih mak,sebab besarkan akak dengan adik adik tanpa rungutan.terima kasih mak,sebab sediakan makan pakai,belanja kami seadanya.akak bersyukur.alhamdulillah :)

SELAMAT HARI LAHIR MAK :)

Sunday, July 31, 2011

dah ada Energy Save Mode. Yeayy :D

assalamualaikum.
aku dah ada Energy Save Mode.
aku nak kecoh.biar lah.haha
thanks to Cik Nas Adila :D
nah hadiah!
awak suka novel kan?
heheheh :D

Apa yang aku belajar :D

Assalamualaikum.
pernah dengar pasal Lathe Machine tak kau orang?
Hmm? Tak?
ok ni gambar dia :

Lathe Machine

Lathe Machine ni hanya untuk benda yang berbentuk silinder saja. Dia ni ada dua kegunaan. First Facing, ni untuk reduce length silinder part tu. Second Turning, untuk reduce diameter.

Mula mula susah jugak aku nak mengingat part part kat mesin ni sebab tak pernah dengar pun. Al maklum,aku bukan budak teknik.haha. kelas Kemahiran Hidup pun macam tak hidup je masa zaman sekolah dulu. :p

Masa kelas pertama Machine ni,budak laki yang handle. pasang toolbit bagai,adjust mata.yang perempuan dok tengok je.haha.
tapi sekarang Alhamdulillah dah boleh handle sendiri walaupun masih terlalu berwaspada.cewahh ayat tak boleh blah.hihi.

ok ya.bersurai dulu.

esok kita cerita pasal Ramadhan pulak.
aku tahu.sepatutnya cerita hari ni.
hold dulu ya?

assalamualaikum :)

Saturday, July 30, 2011

Haishh!! tak suka tahu blog macam ni.

assalamualaikum kalian.
hari ni nak cepat.
cerita pendek saja ya.
aku tak berapa minat baca blog orang yang tak bagi tekan right click.
bukan nak copy apa apa pun.
cuma mahu open new tab.
bila jadi macam tu,terus hilang mood nak baca selebihnya.
sekian.

Friday, July 29, 2011

Angan angan guwa. :p (KAHWIN)

Assalamualaikkum.

semangat nyaaaa..haha.
aku jalan jalan kat blog orang tadi,tengok gambar kahwin.
Gila!
Exam pun dah nak fail,nak kahwin kahwin.
tapi!
serius cakap..
aku tertarik dengan satu gambar ni :


cantik tak?
ooouuuhhhch.ketuk kepala kalau kata tak cantik.
sweet sangat warna pink + putih.
ala ala English gitu.haha.
tapi ni sekadar tengok saja ya.
aku tak nak bersanding masa kahwin nanti.
malu woii ^^
 
aarrggh!
i'm craving for this!
sangat cantik.
lagi lagi putih.
suci.hihihi..
garden wedding.
i'm speechless.
tipu sangat kalau tak ada orang nak perkahwinan macam ni -_-
kan?
bunga segar.
pink + putih.
favourite :)

Bunga.
penting juga.hiasan sekitar rumah.baru wangi ^^
lawa kan?
aku tahu.
hehe
Lastly.sebagai doorgift,aku nak tukar sikit.
selalunya orang akan bagi bunga telur,aku mahu bagi...


Muffin
Comel kan?
itu sahaja rasanya impian aku.haha.
mengarut.
tahu dek emak dengan ayah,mahu kena hambat nih. :p
jumpa lagi :D

   :: Sumber gambar dari Mister Google ::




Saturday, July 23, 2011

once upon a time :D

assalamualaikum..

hari ni ternampak budak berkawad kaki kat SESMA.

tiba tiba teringat kenangan zaman sekolah.*pheww

dengan beruniform Pandu Puteri,aku dengan ahli ahli lain berkawad tengah hujan.

basah lecun.tapi still semangat!huhu



best sangat bile terkenang zaman sekolah kan?

tak payah fikir apa pun.

apa yang kau nak,semua mak ayah cuba usahakan.

bile dah masuk uni,

rasa a lil bit lost.

rasa kosong.

dull.

=="








urrgghh!

muka budak tak matang.

hukhuk.

masa ni form 3 kalu tak silap.

aku join kawad masa form 2.

mak aku punya marah time tu.

tapi.

aku kan degil >..<

join jugak.

hasilnya kami johan peringkat sekolah

4 tahun berturut turut.

Alhamdulillah :)

lepas tu pergi peringkat daerah.

first batch hantar,teruk gila performance.

haha.

last aku join kawad masa form 5.

Alhamdulillah daerah dapat tempat ke 3.

yahoo.hihi.

okbai. *.*

Friday, July 22, 2011

taraaa..mari bersihkan sawang di blog^^



assalamualaikum..

apa khabar adik adik kakak kakak abang abang?

hurm.

comel tak pingu kat atas ni.kan?

dah beberapa bulan tak update blog ni.

ibu penguin dah beranak banyak dah.

ok kut untuk hari ni.hihi.

kbai >,,<