Pages

Saturday, August 13, 2011

SELAMAT HARI LAHIR MAK :)

assalamualaikum..entri ni khas untuk Mak tau.
mak,akak tahu hari lahir mak dah lepas,11 hari bulan 8.tapi akak dah wish kan?hihi.mak,kenapa akak jadi homesick sangat tahun ni?(belum apa apa air mata guwa dah bergenang)mak,mak ingat tak macam mana mak lahirkan akak dulu?ingat tak mak?mak tak pernah cerita pun kat akak.
tapi mak,akak tahu.walaupun akak tak pernah tanya,tapi akak kan anak mak yang rajin.hihi.
akak surf internet.baca blog blog orang yang pernah mengandung dan melahirkan.
mak,sakit rupanya.tapi akak tak pernah dengar mak mengeluh.hebatnya mak akak ni :)
akak bangga mak jadi mak akak.walaupun hidup kita tak mewah,tapi kita happy kan mak?hihi.
mak,akak nak puji mak je hari ni.boleh kan?hihi.

mak, o mak..dalam hidup akak kan,rasanya baru sekali akak nampak mak demam teruk tak boleh bangun.apa rahsia mak?haha.akak selalu berdoa jangan lah mak dengan ayah sakit atau tak sihat.tak tentu arah akak kat sini bila dengar mak atau ayah tak sihat.

mak,mak seorang menantu yang baik kan?akak ingat lagi,masa arwah wan masih ada.mak masak asam pedas.arwah wan tak suka berminyak sangat. tapi ayah suka.mak akak kan bijak.mak asingkan minyak dari mangkuk arwah wan.masa kita makan ramai ramai,akak tengok wan makan dengan riang gumbira.al maklumlah,menantu kesayangan yang masak :)

mak,akak bersyukur sangat dapat mak dengan ayah macam mak dengan ayah akak ni.hihihi.walaupun kita tak pergi bercuti sampai london ke,aussie ke.tapi still,kita pergi bercuti.:) kita pergi pantai lah selalu nye kan?mandi mandi,tidur chalet.mak,best sangat :D kita pergi lagi boleh? ^^


mak,akak takut sangat bila mak kena operate sebab batu karang.mak tunggu lama kan untuk masuk OT tu je.mak kena puasa beberapa hari,at the end,tak masuk juga Ot.dari Hospital Sultanah Aminah,mak dipindahkan masuk Hospital Sultan Ismail.kesian mak.mak sabar je :) mak,HSA tu seram kan?creepy sentiasa.sentiasa penuh dengan patient.sampai lorong tegah pun ada katil pesakit.tapi mak,yang tak boleh tahan,atendan hospital tu tolak stretcher yang atasnya ada jenazah!mak,akak takut sangat malam tu.tak boleh tidur.mak,mak tahu kan akak tak suka bau uba.makan ubat apatah lagi.nasib baik mak kena pindah HSI.kat situ better ++.sepanjang mak dekat hospital,ayah lah jadi tukang masak yang setia :) terima kasih ayah.ayah masak sedap.nanti akak balik,ayah masak lagi boleh?eh?hihi.
mak,lepas mak keluar OT,Allah je tahu perasaan akak.happy overboard.hihi.alhamdulillah :)
walaupun badan mak bengkak bengkak,tapi tu normal kan mak,masuk air.alhamdulillah,mak dah sihat :)

mak,akak dah masuk universiti.sedih nya nak berpisah dengan keluarga.akak kan tak pernah masuk asrama. :D
sedih tau mak..mak tak nangis depan akak sebab mak nagis dalam kereta kan?hihi.mak,tahun pertama akak tak homesick sangat,dah tahun ke dua ni.Masya Allah,asik menangis je nak balik.akak pun tak tahu kenapa .

mak,akak balik nanti kita buat kuih raya sama sama ye?akak teringin nak makan sushi.mak jangan risau,akak yang buat nanti.kalau tak sedap,kita pergi makan sushi kat jusco eh?hoho.

mak,terima kasih :)tak dapat akak dengan adik adik balas jasa mak selama membesarkan kami.terima kasih mak,sebab besarkan akak dengan adik adik tanpa rungutan.terima kasih mak,sebab sediakan makan pakai,belanja kami seadanya.akak bersyukur.alhamdulillah :)

SELAMAT HARI LAHIR MAK :)

Sunday, July 31, 2011

dah ada Energy Save Mode. Yeayy :D

assalamualaikum.
aku dah ada Energy Save Mode.
aku nak kecoh.biar lah.haha
thanks to Cik Nas Adila :D
nah hadiah!
awak suka novel kan?
heheheh :D

Apa yang aku belajar :D

Assalamualaikum.
pernah dengar pasal Lathe Machine tak kau orang?
Hmm? Tak?
ok ni gambar dia :

Lathe Machine

Lathe Machine ni hanya untuk benda yang berbentuk silinder saja. Dia ni ada dua kegunaan. First Facing, ni untuk reduce length silinder part tu. Second Turning, untuk reduce diameter.

Mula mula susah jugak aku nak mengingat part part kat mesin ni sebab tak pernah dengar pun. Al maklum,aku bukan budak teknik.haha. kelas Kemahiran Hidup pun macam tak hidup je masa zaman sekolah dulu. :p

Masa kelas pertama Machine ni,budak laki yang handle. pasang toolbit bagai,adjust mata.yang perempuan dok tengok je.haha.
tapi sekarang Alhamdulillah dah boleh handle sendiri walaupun masih terlalu berwaspada.cewahh ayat tak boleh blah.hihi.

ok ya.bersurai dulu.

esok kita cerita pasal Ramadhan pulak.
aku tahu.sepatutnya cerita hari ni.
hold dulu ya?

assalamualaikum :)

Saturday, July 30, 2011

Haishh!! tak suka tahu blog macam ni.

assalamualaikum kalian.
hari ni nak cepat.
cerita pendek saja ya.
aku tak berapa minat baca blog orang yang tak bagi tekan right click.
bukan nak copy apa apa pun.
cuma mahu open new tab.
bila jadi macam tu,terus hilang mood nak baca selebihnya.
sekian.

Friday, July 29, 2011

Angan angan guwa. :p (KAHWIN)

Assalamualaikkum.

semangat nyaaaa..haha.
aku jalan jalan kat blog orang tadi,tengok gambar kahwin.
Gila!
Exam pun dah nak fail,nak kahwin kahwin.
tapi!
serius cakap..
aku tertarik dengan satu gambar ni :


cantik tak?
ooouuuhhhch.ketuk kepala kalau kata tak cantik.
sweet sangat warna pink + putih.
ala ala English gitu.haha.
tapi ni sekadar tengok saja ya.
aku tak nak bersanding masa kahwin nanti.
malu woii ^^
 
aarrggh!
i'm craving for this!
sangat cantik.
lagi lagi putih.
suci.hihihi..
garden wedding.
i'm speechless.
tipu sangat kalau tak ada orang nak perkahwinan macam ni -_-
kan?
bunga segar.
pink + putih.
favourite :)

Bunga.
penting juga.hiasan sekitar rumah.baru wangi ^^
lawa kan?
aku tahu.
hehe
Lastly.sebagai doorgift,aku nak tukar sikit.
selalunya orang akan bagi bunga telur,aku mahu bagi...


Muffin
Comel kan?
itu sahaja rasanya impian aku.haha.
mengarut.
tahu dek emak dengan ayah,mahu kena hambat nih. :p
jumpa lagi :D

   :: Sumber gambar dari Mister Google ::




Saturday, July 23, 2011

once upon a time :D

assalamualaikum..

hari ni ternampak budak berkawad kaki kat SESMA.

tiba tiba teringat kenangan zaman sekolah.*pheww

dengan beruniform Pandu Puteri,aku dengan ahli ahli lain berkawad tengah hujan.

basah lecun.tapi still semangat!huhu



best sangat bile terkenang zaman sekolah kan?

tak payah fikir apa pun.

apa yang kau nak,semua mak ayah cuba usahakan.

bile dah masuk uni,

rasa a lil bit lost.

rasa kosong.

dull.

=="








urrgghh!

muka budak tak matang.

hukhuk.

masa ni form 3 kalu tak silap.

aku join kawad masa form 2.

mak aku punya marah time tu.

tapi.

aku kan degil >..<

join jugak.

hasilnya kami johan peringkat sekolah

4 tahun berturut turut.

Alhamdulillah :)

lepas tu pergi peringkat daerah.

first batch hantar,teruk gila performance.

haha.

last aku join kawad masa form 5.

Alhamdulillah daerah dapat tempat ke 3.

yahoo.hihi.

okbai. *.*

Friday, July 22, 2011

taraaa..mari bersihkan sawang di blog^^



assalamualaikum..

apa khabar adik adik kakak kakak abang abang?

hurm.

comel tak pingu kat atas ni.kan?

dah beberapa bulan tak update blog ni.

ibu penguin dah beranak banyak dah.

ok kut untuk hari ni.hihi.

kbai >,,<

Friday, March 11, 2011

err..puan fadzilah bagi ye anak anak nye kawen awal?ngee ^^

  • skrg dh tinggal ber4 je kat rmh..
    06 March at 21:06 ·
  • yg sorg dah ke trgganu ekkk
    07 March at 00:17 ·
  • ha'ah la intan..bln 5 nti bru blik cti..
    07 March at 06:32 ·
  • wah!...ank dh bsar2 lh....
    07 March at 09:37 ·
  • Yg sulung dh 19th mas..yg k2 17,yg kecik 9th..
    07 March at 10:24 ·
  • kalah mk n ayagye...xlama lgi dpt lh menantu plak...hi..hi...hi....
    07 March at 12:36 ·
  • woitt...abiskan study dlu..
    07 March at 13:00 ·
  • hahahah mana tahu dpt menantu cpt.........
    Tuesday at 14:03 ·
  • klu dh jodoh...hihi
    Tuesday at 14:20 ·

Thursday, March 10, 2011

entri tau nak merepek apa. "watdehel" T_T

assalamualaikum..
tengok tajuk.mengucap panjang mak aku kalau baca blog anak dara dia ni.haha.nasib tak baik,kena kejar dengan golok ayah sambil cakap "ngko ayah hantar pegi universiti suruh belajar mencarut ke kakak?"
hihi.mintak maaf lah mak,ayah.tadi aku baca satu entri ni kelakar gila.pasal awek jeles.kalau ngkorang nak tau,rajin rajin la ye klik entri atas tu.okayh?
seriously talking,aku tak tau nak update ape hari ni.gila kan aku.huhu.

lol.ape motif??tak tau XD

Wednesday, March 9, 2011

entri cerita panjang lebar~ kot la T_T

assalamualaikum semua.
ain kembali.bersama cerita yang dah tak berapa nak panas.sorry lah kau orang.sangat sibuk lah sekarang.atau pun aku yang buat buat sibuk tu Allah je yang tau. lately ni banyak benda yang jadi.tapi macam biasa la bro..budak ni memang fail kalu masuk bab bab nak mulakan hikayat.huh.so bad.
okeh..first of all,last few weeks geng Pengakap Kelanasiswa KKY 1012 semester 2 dah selamat pergi dan balik dari UniSZA ke Bukit Lawit dan dari Bukit Lawit ke UniSZA.kami pergi untuk mendapatkan Lencana Kemahiran.and guess what?aku dah pandai pasang khemah.waahaha.then masuk keluar gunung.masak dalam buluh.those are my valuable experience lah.suka sangat ! wink wink ^^
nak tengok gambar x?meh.


this is the happiest moment here tau. tak semua orang dapat merasa pengalaman yang kita orang rasa.thanks to Tuan Syed :)
secondly,
pengakap juga ada buat satu event yang agak besar la jugak and aku incharge bahaagian publisiti.tengok la hasil nye macam mana nanti. ^^

third,
aku nak balik.teringin sangat :( i'm badly missed all those event kat rumah.sabar je lah.:(
entri panjang lebar dah sampai hujung.ada masa dan wireless yang laju macam pagi nie,aku update lagi.assalamualaikum..



akak rindu nak gaduh dengan kau orang so badly :(

Friday, February 18, 2011

rindu melanda~~harap encik KA jangan jeles :)

assalamualaikum..
hari ni tak tau kenapa..
tiba tiba rasa rindu..
rindu sangat..
lagi lagi lepas tengok video pasal dia..
kau ni comell kau tau tak..?
kalau aku balik rumah,mesti kau teman aku tidur kan?
tapi,time kecik kecik dulu kau suka berak merata..
ayah yang jadi tukang bersihkan.
tak patut betul la kau nie..
mentang mentang kau comel..
kau buat apa ape pun orang tak kan pukul kau teruk teruk..
setaakat cium muka kau sampai kau cakar aku tu dah biasa sangat kan?
lepas tu aku lepuk bontot kau.
kau lari masuk bilik,merajuk..
alah bukan sakit pun,kau je mengada.
tapi.
serius laa..
aku rindu kau.
dengan adik kau.
tapi aku pelik.
kenapa kau lagi gemuk dari adik kau?
padahal adik kau tu pelahap gila.
kau bau habis kunyah kepala ikan,
dia dah habis kunyah ekor ikan.
tapi aku tetap sayang kau orang.

ini cik tompok.rindu!

si putih a.k.a zorro a.k.a juki

ini bukan lucah!dia memang suka pelik pelik -_-
haha

ni lagi sekor.suka bergaya even tengah tiidur. ;D

p/s :
           rindu kamu sangat sangat.
           termasuk encik KA :)


Tuesday, February 15, 2011

contest kami post comey..


jeng jeng jeng..haha.tadi jalan jalan terjumpa contest nie..saya mao join!hiihi


cari punya cari....
jumpa laa gambar nie :))


 ok x..??hope menang.ngee
saya join sebab saya nak tunjuk kawan kawan saya.haha

saya tag mereka ini :




                                                       redhotchillipepperslife

done (!)
yeay!



Monday, February 14, 2011

selamat menyambut maulidurrasul (:

assalamualaikum..
rindu pada nabi junjungan kita,Nabi Muhammad SAW..hiba rasa.hmm.semoga kami umat islam sentiasa mengingati baginda sebagaimana baginda mengingati umatnya.amin..



mana lagi penting?bodoh sangat kalau orang sambut valentine,tapi maulidurasul lepak kat rumah.hampas.

tolong aku~~

assalamualaikum.
aku nak tukar font writing nie.serabut tengok tulisan pakai courier.apa cerita hari nie ye..oh.aku dah jumpa myra punya blog.i'ts awsome lahh! terang-terangan tanpa perlu disuluh dengan stadium spotlight,she show her love toward wan.haha.mantap betol lah kau ni myra.ngehehe.apa-apa pon aku doakan la kau dua orang cepat kahwin.ahaks :))myra,kau nak tau tak,aku rindu kau sesangat?kau tengok aku macam tak hirau kau dah since kita habis SPM en?kau nak tau tak,aku tak pandai nak tunjuk yang aku care kat orang tu kecuali nuar sebab kita jarang sesangat contact.aku tak pandai nak mulakan hikayat,kau tau tu kan?starting from now,aku harap la kita jadi macam dulu balik.mane ade si ain,kat situ la ade si myra and biha.opssie,and wan jugak sebab dia boleh pinjam kereta abah dia.haha.tapi,still.aku tak tau nak mula dari mana. T__T"

rindu  sangat !
i'm reaaaaaaaaaaaally glad lah kalau kau orang datang terengganu. :))

Saturday, February 12, 2011

rezeki datang melimpah (",) :D

assalamualaikum..
nighty nite readers ^_^
aku mahu berkongsi kegembiraan dengan kau orang semua
malam nie rezeki datang melimpah..
ada  liqa'/usrah dengan kak nas and kak myra food tech,shima,kak ifa n kak hajar usul tech.ok usul tech tu aku saje tambah.hihi.it's usuluddin actually *wink wink wink.haha
and from mantech,cuma aku dengan fiza je..
oh,terlupa,shakira yang lebih mahu dikenali sebagai kira dari TESl pon ada.hihi
alhamdulillah,aku dah mula berjinak jinak dengan islam yang sebenar.dulu tersasar jauh sangat.syukur Allah :)
tadi kak nas tunjuk video pasal palestin and islam pada zaman dahulu.syahdu gila.islam dulu dengan sekarang sumpah berbeza tahap langit dengan kerak bumi.aku bangga jadi seorang islam.ISLAM IS THE BEST RELIgiON IN EARTH.indeed.aku dah ter'suka' dan terjatuh cinta dengan novel novel Hlovate yang memang terbaik dari segi agama lah,then lawak selamba yang memang kelakar habis ^_^.


ok end of history~~


sekaang moh le kite cerita pasal ni..




life is sweet.kan?

Allah bagi aku sorang lagi kawan baik.alhamdulillah..nama dia dekat dekat je dengan name aku.aku ain farhanah,dia nur farhanah :)
semoga persahabatan kita orang tak dicemari oleh langsuir langsuir gila.haha
best kan bila rmai org sayang kita??
thanks buddies.





Tuesday, February 8, 2011

aku yang blurr -_-"

assalamualaikum..
ain farhanah sedang ke'blurr'an. ke'blurr'an sedang melanda Ain Farhanah ^^.hurm..baru aku faham kenapa budak U kate lg best jadi budak sekolah.again.aku rasa macam tak bersyukur dengan ape yang aku dapat sekarang nie.dulu masa zaman sekolah,berangan nak masuk U sebab dalam otak aku nie dah set,lepas abis blaja,aku dah taknak pakai uniform sekolah.hihi..mantap x??aku rase budak budak yang dah abis sekolah macam aku nie pon fikir cam tu jugak kan...(tak payah tipu okeh?).lepas tu,aku fikir,aku nak abis sekolah cepat sebab dah taknak jumpa benda benda yang boring tahap gaban macam mak long the makcik kantin (ape kaitan daa..)hihi.kadang kadang kesian jugak tengok maklong tu terjerit jerit sampai nak keluar anak tekak marah marah kat budak budak yang macam tak pernah angkat pinggan lepas makan kat rumah tu.tapi nak buat macam mane maklong oii..dah bebudak tu kepala keras macam dah kena tepek dengan besi + larva gunung krakatau.tengking marah marah macam mane sekali pon,takde nye la diorang nak pungut pinggan tu masuk besen..lagipon,ape guna pekerja2 maklong yang duduk goyang kaki gossip gossip di balik tirai dapur tu? (amboii..ayat aku tak menahan)haha

maklong jangan jadi macam budak ni okay?

dan sekarang..........


aku rasa macam nak balik semula kat zaman sekolah.>,< .ade beberapa sebab yang aku harap time warp tu betul betul wujud.hoho..
  • kalau kat sekolah,pakai uniform hari hari 
         -kalau kat U,aku pening nak pilih baju untuk pakai hari hari...aigoo...pening tau.nasib baik ade certain    
          day yang aku kena pakai baju bengkel ^^.kalau asik mengulang je baju yang sama,nanti karang orang 
          kata aku tak basuh baju pulak.haha.kalau sekolah,kita pakai baju yang sama je kan hari hari,takde 
          orang nak komplen pon.hihi
  • kalau kat sekolah,mak ayah bagi duit hari hari
        -kalau kat U,pandai pandai kome le nak budget makan..agak agak dah takde duit sangat,megi je la 
         jawapnye..huhu.time time macam tu,makan megi sangat sedih and sadis la.haha.makanan paling fofular 
         time 2 adalah...megi dan burger -_-"
  • kalau kat sekolah,balik rumah makan sedap sedap
        -kalau kat U,asam pedas memang takkan jumpa la yang macam kat johor..sebab aku kat terengganu 
         *_*.pastu laksa nye pulak,wassalam.memang lain habis dengan laksa penang yang mak aku selalu 
         buat.makanan harian aku kat sini ; ikan keli.
  • kalau kat sekolah,cikgu sekolah lain yang tanda kertas periksa
         -kalau kat U,kau cari pasal dengan lecturer,memang muka kau la yang akan repeat semester akan  
          datang.haha.kejam tak kejam tuh!tapi bila kat sekolah,kau cari la pasal dengan cikgu tu,kau pancitkan 
          tayar kereta dia ke,letak chewing gum atas kerusi dia ke (gaya macam aku penah buat je)haha,tetap 
          bukan dia yang tanda kertas jawapan kau time exam besar.hihi..tapi...bila kau buat macam tu dengan 
          lecturer kau,menanggung la kau dengan 'hadiah' daripada dia.hoho.

so,itu la sebab nye kenapa aku harap time warp tu betul betul wujud.kuang kuang kuang.. =D


walau ape pun..aku kena bersyukur dengan ape yang aku ada sekarang.. :D
sekarang aku just kena pilih samada nak kejayaan ataupun kegagalan..and aku pilih...KEJAYAAN.pray for my success.and i hope UniSZA will produce a lot of successor including ME.amin...ganbatte!



Friday, February 4, 2011

idealess~~

assalamualaikum readers..hurm..mata aku sekarang nie dah macam ape je,eyebag berguni guni.haha.ni semua bahana galak ber'fb'ing,ber'blog'ing,ber'window shopp'ing.haha.mengantuk tahap gaban dah  i tapi tak boleh lelap laa.huh.toloong lah mata,aku mengantuk neh..tolonglah lelap.hihi.dah gaya orang gilak dah aku nie gamaknye.hmm..dah agak lame ye beta x meng'update' blog nie.haha.gaya macam berdaulat sangat la kau ni cik aing a.k.a piranha bak kate dak ijung !bizi maa(bz la sangat cik aing oii)hehe. 28 jan 2011 adalah hari paling bermakna dalam hidup aku ^_^.nak tahu kenapa??that day la for the first time aku jumpa my mister KA.rasenye dah cerita kat entry lepas tapi aku nak cerita lagik!theeeeeee..:D aing mengada!



Monday, January 31, 2011

lovely weekend with my lovely person :)

assalamualaikum..
sungguh corny tajuk aku kan.haha.takpe la,yang penting aku nak share ke'happy'an aku weekend nie.everlast,aku dapat jugak jumpa my lovely mister KA.pelik kan,dh dekat setahun setengah couple,baru first time jumpa.my first impression when i saw him last friday,i fell in love wth him twice.rasanye tak jumpa lagi perkataan yang boleh menggambarkan perkataan lebih dari 'aku sayang dia'.tak tau la kenapa,tapi aku rasa tak boleh hidup kalau dia tak ada.abah,you are my destiny.   :)






hold my hand abah,so i'm not gonna be far from you :)

nie lirik lagu Kekanda Adinda-monoloque/atilia tapi aku dah cut yang part atas tu,macam takde kena mengena je dengan aku n mister KA.huhu.
Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?
Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya



Thursday, January 27, 2011

alone~~

assalamualaikum netters.by tonight,i will sleep alone.my besties sume dah balik kampung..tinggallah daku kesorangan..hihi.aten n ijun dh selamat naik kapal terbang tadi..shima ada kem kat mane ntah.dia gerak petang ni..si fiez n halimah gerak malam nie naik bas dalam..ceah paling tak boleh blah,balik kul 1.30 petang nie..  -_-'.


pagi tadi,mamai punya pasal,aku nk letak pencuci muka kat berus gigi..huahua..nasib baik cepat sedar,kang tak memasal berus gigi guna ubat gigi cap garnier.haha

Wednesday, January 19, 2011

lab report + assignment ku beratur mnunggu giliran utk dikerjakan.hihi ^^

assalamualaikum readers...
untuk kesekelian kalinye aku menguap pada pagi ini.haha.x malu betol la.mengantuk tahap x boleh belah dah nie sebenarnye tp rilek dulu..cot-cet-cot-cet dulu berblogging,jp lg aku tidur balik la.boleh??haha.aduh,kelas pukul 10,sempat ke idak nak melelapkan mata barang seminit dua.ahaks.macam boleh je aku nie kalu seminit dua.paling paling kejap pon setengah jam.huahua.hola,petang nie kena masuk lab,report suku pon tak siap lagi dah hampir siap.haha.^^assignment PCA dah siap tu pon ade sikit tiru aten.kihkih.pheeww,lab report en.lan x mula lagi.sebelum pegi lab,sempat la berposing posing atas tangga dengan baju baru.ngeee..
kelas tech math kelmarin,En.Mail sokmo aim aku jwap soalan.mentang mentang soalan first dia aku tak dapat jawap.hehe..
okaaayy...masa untuk melelapkan mata.jangan sape sape kacau aku dengan bunyi air dalam baldi curah dekat bawah -_-




 ini adalah angkatan budak2 mantechs :D


 chaiyook!jangan takot pegang besi main api ! hihi
kanak kanak tak cukup umor!hoho


cukup untuk tatapan anda.ceh.huhu.selamat pagi malaysia ^^

Sunday, January 16, 2011

run out of water.AGAIN [o.O]'

asslamualaikum..
greeting to all..unisza is run-out-of-water-again.sangat susah untuk kami awek awek nie nak berurusan dengan si toilet yang banyak berjasa.ape pandang pandang?x betul ke?hihi.aku bangun pagi ni pukul 4 pagi sebab bajet ade la air barang seciput..tapi air nye tahap macam takde skala.huhu..takpe la,ALLAH nak uji kita orang kan..^_^.Allah takkan uji kita dengan ape yang kita tak mampu..betul ke tak?tipu la kalau kome cakap tak betul..derhaka tahap bimasakti la tuh..^_^'.kalau x percaya,cuba la kau orang check kt dalam al quran,surah al baqarah ayat 286.yang tadi tu rumusan ayat je,yang ayat betul betul punye kome cari la sendiri!hehe..alhamdulillah..selesai langkah pertama menuju alam kedewasaan..ceh,gaya dewa dewa apa je seh.hihi.ape langkahnye?biarlah rahsia..^_^.




lastly,aku nak bagitau yang aku sangat suka lagu nie..hopefully jadi kenyataan..amin..:D
















I Look I Look I See lyrics

I Look I See
I look, I look, I look, I see
I see a world of beauty
I touch, I touch, I touch, I feel
I feel a world around so real
And everything I do
I dedicate to You
Cause You made me
I am for You

I listen, listen, listen, I hear
I hear the words of God so clear
I read, I read, I read, I know
It helps my knowledge grow
And everything we do
We dedicate to You
Cause You made us
We are for You
I listen, listen, listen, I hear

He sent the Prophet to show us the way
He made Religion perfect that Day
Peace be upon him, upon him we pray
Salatullah, wa salamu aalyhi
[ From: http://www.elyrics.net/read/y/yusuf-islam-lyrics/i-look-i-look-i-see-lyrics.html ]

I sleep I sleep, I sleep, I dream
I dream I'm in a garden green
I wish, I wish, I wish I pray
I pray to be here everyday
And everything I do
I dedicate to You
Cause You made me
I am for You

I work, I work, I work, I strive
To make something of my life
seek, I seek, I seek, I find
I find another hill to climb
And everything we do
We dedicate to You
Cause You made us
We are for You
I look, I look, I look, I see

He sent the Prophet to show us the way
He made Religion perfect that Day
Peace be upon him, upon him we pray
Salatullah, wa salamu aalyhi(x2)








Friday, January 14, 2011

best time ever with my best sisters ever :D

assalamualaikum netters :D
aku rasa sangat laaa happy hari  nie..huhu.kerana??ceh..sebab hari nie kali kedua aku berkayak n jungle trekking..seram woo nk kayak2 neh..sampai2 je trus angkat kayak dengan paddle nya yg berat gilak!bile dah masuk dalam air,rasa mcm tak nak keluar.hihi..agak nya terlampau excited kot..okay guys,tengok  la ye gambar gambar nie :)


ini baru suku jalan naik ke bukit..pheeww **




eh,aten buat ape tu??

muka penat masing masing kat puncak :)



posing posing dulu sebelum masuk air.hehe :D

besties :)

uuu..excited overdose ! ^_*
wokeyy...tengok la ye gambar gambar ni..thanks unisza sebab bagi kita orang enjoy in a right way.stau tuned...:)