assalamualaikum..entri ni khas untuk Mak tau.
mak,akak tahu hari lahir mak dah lepas,11 hari bulan 8.tapi akak dah wish kan?hihi.mak,kenapa akak jadi homesick sangat tahun ni?(belum apa apa air mata guwa dah bergenang)mak,mak ingat tak macam mana mak lahirkan akak dulu?ingat tak mak?mak tak pernah cerita pun kat akak.
tapi mak,akak tahu.walaupun akak tak pernah tanya,tapi akak kan anak mak yang rajin.hihi.
akak surf internet.baca blog blog orang yang pernah mengandung dan melahirkan.
mak,sakit rupanya.tapi akak tak pernah dengar mak mengeluh.hebatnya mak akak ni :)
akak bangga mak jadi mak akak.walaupun hidup kita tak mewah,tapi kita happy kan mak?hihi.
mak,akak nak puji mak je hari ni.boleh kan?hihi.
mak, o mak..dalam hidup akak kan,rasanya baru sekali akak nampak mak demam teruk tak boleh bangun.apa rahsia mak?haha.akak selalu berdoa jangan lah mak dengan ayah sakit atau tak sihat.tak tentu arah akak kat sini bila dengar mak atau ayah tak sihat.
mak,mak seorang menantu yang baik kan?akak ingat lagi,masa arwah wan masih ada.mak masak asam pedas.arwah wan tak suka berminyak sangat. tapi ayah suka.mak akak kan bijak.mak asingkan minyak dari mangkuk arwah wan.masa kita makan ramai ramai,akak tengok wan makan dengan riang gumbira.al maklumlah,menantu kesayangan yang masak :)
mak,akak bersyukur sangat dapat mak dengan ayah macam mak dengan ayah akak ni.hihihi.walaupun kita tak pergi bercuti sampai london ke,aussie ke.tapi still,kita pergi bercuti.:) kita pergi pantai lah selalu nye kan?mandi mandi,tidur chalet.mak,best sangat :D kita pergi lagi boleh? ^^
mak,akak takut sangat bila mak kena operate sebab batu karang.mak tunggu lama kan untuk masuk OT tu je.mak kena puasa beberapa hari,at the end,tak masuk juga Ot.dari Hospital Sultanah Aminah,mak dipindahkan masuk Hospital Sultan Ismail.kesian mak.mak sabar je :) mak,HSA tu seram kan?creepy sentiasa.sentiasa penuh dengan patient.sampai lorong tegah pun ada katil pesakit.tapi mak,yang tak boleh tahan,atendan hospital tu tolak stretcher yang atasnya ada jenazah!mak,akak takut sangat malam tu.tak boleh tidur.mak,mak tahu kan akak tak suka bau uba.makan ubat apatah lagi.nasib baik mak kena pindah HSI.kat situ better ++.sepanjang mak dekat hospital,ayah lah jadi tukang masak yang setia :) terima kasih ayah.ayah masak sedap.nanti akak balik,ayah masak lagi boleh?eh?hihi.
mak,lepas mak keluar OT,Allah je tahu perasaan akak.happy overboard.hihi.alhamdulillah :)
walaupun badan mak bengkak bengkak,tapi tu normal kan mak,masuk air.alhamdulillah,mak dah sihat :)
mak,akak dah masuk universiti.sedih nya nak berpisah dengan keluarga.akak kan tak pernah masuk asrama. :D
sedih tau mak..mak tak nangis depan akak sebab mak nagis dalam kereta kan?hihi.mak,tahun pertama akak tak homesick sangat,dah tahun ke dua ni.Masya Allah,asik menangis je nak balik.akak pun tak tahu kenapa .
mak,akak balik nanti kita buat kuih raya sama sama ye?akak teringin nak makan sushi.mak jangan risau,akak yang buat nanti.kalau tak sedap,kita pergi makan sushi kat jusco eh?hoho.
mak,terima kasih :)tak dapat akak dengan adik adik balas jasa mak selama membesarkan kami.terima kasih mak,sebab besarkan akak dengan adik adik tanpa rungutan.terima kasih mak,sebab sediakan makan pakai,belanja kami seadanya.akak bersyukur.alhamdulillah :)
SELAMAT HARI LAHIR MAK :)
No comments:
Post a Comment